Berusaha kearah melahirkan insan berkualiti, cemerlang, sahsiah, kurikulum dan kokurikulum serta menghayati dan memuliakan institusi keluarga, bangsa dan agama.
Visi
Mengamalkan budaya cemerlang dalam melahirkan pelajar-pelajar celik 3M menerusi stail pengurusan yang bersistematik, mesra kawan, berkualiti, inovatif, dan produktif.
Misi
Mengamalkan stail pengurusan perkhidmatan penyayang dan kepimpinan yang bersendikan ilmu, akhlak, dan berketrampilan dalam melahirkan anak didik yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.
Matlamat
Setiap individu mempunyai keistimewaan, kelebihan dan kekuatan diri berfikir ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Tanggungjawab dan kesepaduan yang utuh serta perkhidmatan yang terbaik dan bersistematik.
- Kecemerlangan sahsiah, kurikulum dan kokurikulum dalam melahirkan anak didik yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berketrampilan.
- Berdedikasi dan berkeyakinan bahawa setiap anak didik berhak kepada pendidikan, belas kasihan, dan berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.
- Menjadikan keputusan peperiksaan UPSR daripada 64% kepada 80% pada tahun 2007.
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengadakan 5 kali kursus pada setiap tahun.
- Membangunkan sepenuhnya potensi pelajar, guru dan kakitangan dari segi sahsiah, minat, kreativiti dan kepimpinan.
“BERILMU, BERAKHLAK, BERBAKTI”
Membawa maksud semua warga SK Seri Taman Kluang Barat memiliki ketinggian ilmu dan kemuliaan akhlak menuju ke arah kecemerlangan dalam melahirkan insan berkualiti bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.
Budaya Sekolah
Setiap Warga SK Seri Taman Kluang Barat adalah bertanggungjawab dalam mengamalkan budaya berikut:
- Menepati masa
- Berbudi Bahasa
- Budaya ilmu
- Budaya penyayang
- Budaya kerja beretika
- Budaya cemerlang
Piagam Pelanggan
Kami Warga Perkhidmatan Pelajaran SK Seri Taman Kluang Barat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik murid-murid sekolah ini.
- Menjalinkan hubungan erat serta memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah.
- Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia serta berpegang teguh kepada agama.
- Menjalankan tanggungjawab dengan adil, cekap dan amanah.
- Mengamalkan budaya bersih dan penyayang.
- Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan sekolah
No comments:
Post a Comment